Cari @ Amanz

Ada kalanya yang anda tidak ingin mendengar bunyi daripada sesuatu tab, terutamanya jika ia memainkan iklan di latar tanpa pengetahuan. Untuk memudahkan fungsi ini, kini Google melalui pelayar web Chrome mereka menyertakan fungsi yang dinamakan sebagai “Mute Tab”.

Google Chrome Mute Tab

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu mengemaskini pelayar web anda kepada versi terbaru, dan seterusnya apabila anda klik-kanan di atas sesuatu tab, ia akan memaparkan menu untuk Mute Tab.

Bagi anda yang sering membuka pelbagai tab, dan inginkan lebih kawalan berkenaan dengan audio yang dimainkan oleh sesuatu tab, fungsi ini semestinya sangat membantu dan tidak lagi perlu mengawal kadar volume pada komputer secara manual.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd