Eora 3D – Mengubah Telefon Pintar Menjadi Alat Pengimbas 3D

Eora 3D – Mengubah Telefon Pintar Menjadi Alat Pengimbas 3D

Diterbitkan pada Okt 21, 2015 oleh .

Teknik imbasan 3D digunakan oleh studio animasi untuk menghasilkan model 3D yang realistik dengan pantas. Sebagai contoh permainan FIFA dan Winning Eleven melakukan imbasan 3D wajah pemain bola sepak bagi menghasilkan model 3D yang kelihatan seperti diri mereka sebenar. Dengan teknik ini tidak banyak masa terbuang untuk menghasilkan model 3D secara manual untuk setiap pemain bola sepak yang dipaparkan. Teknik imbasan 3D memerlukan sistem imbasan yang mahal dan besar. Bagi kebanyakan pengguna mereka hanya boleh bermimpi untuk memiliki sistem imbasan seperti ini.

Eora-3D-1

Eora 3D ialah sebuah sistem imbasan 3D yang menggunakan sebuah telefon pintar. Telefon pintar disambung kepada sistem imbasan laser Eora dan ia boleh mengimbas objek kecil dengan mudah. Sebuah platform berputar disertakan sekali bagi memudahkan imbasan objek. Objek 3D yang terhasil kemudian boleh dilihat dan dimanipulasikan terus dari peranti pintar menggunakan aplikasi khas. Eora 3D hanya menyokong platform Android dan iOS buat masa ini. Cagak telefon pintar yang disediakan boleh menampung peranti sekecil iPhone 6S dan sebesar Nexus 6. Sistem imbasan ini dijual pada harga bermula $229 sebuah.

Eora-3D-2


TIPS & ULASAN