Khairy Meminta GST Dibuang Untuk Tambah-Nilai Prabayar

Khairy Meminta GST Dibuang Untuk Tambah-Nilai Prabayar

Diterbitkan pada Okt 21, 2015 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman mengatakan tiada lagi caj tambahan GST untuk pembelian tambah-nilai bermula November, hari ini, Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan memohon untuk kerajaan membuang pembayaran GST untuk prabayar.

Menurut Khairy, dengan membuangnya, ia akan mengurangkan kos hidup belia, yang mana sedia menghadapi peningkatan kos hidup yang tinggi dari hari ke hari.

GST Topup

Seperti ramai sedia maklum, kini komunikasi telah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan, dan Khairy berharap agar kerajaan membawa berita gembira kepada belia melalui Belanjawan 2016 kelak.

Sebelum ini, pada bulan April 2015 yang lepas, GST telah diperkenalkan untuk prabayar, memerlukan pengguna membuat pembelian tambah-nilai dengan penambahan GST (sebagai contoh, tambah nilai RM10 dijual pada harga RM10.60). Perkara ini tidak digemari ramai pengguna, dan kerajaan agak mengambil masa yang lama untuk membuang dan menyelesaikan masalah tersebut.


TIPS & ULASAN