Dipper – Fon Telinga Merangkap Perhiasan Fesyen Untuk Wanita

Dipper – Fon Telinga Merangkap Perhiasan Fesyen Untuk Wanita

Diterbitkan pada Okt 21, 2015 oleh .

Menyangkut wayar fon telinga dan kepala di leher apabila tidak digunakan akan membuatkan anda kelihatan kurang bergaya. Wayar berselirat turut membuatkan anda tidak kelihatan profesional. Jika anda mementingkan gaya, The Dipper ialah aksesori audio yang pasti anda perlukan.

The-Dipper-2

Dipper ialah fon telinga merangkap perhiasan fesyen yang direka khas untuk kegunaan wanita yang mementingkan gaya. Apabila tidak digunakan, fon telinga boleh disimpan rapi di alam buah rantai besar dengan tempat simpanan terbina. Wayar dengan warna keemasan melengkapkan ilusi Dipper adalah aksesori fesyen dan bukannya sebuah alat audio. Selain fon telinga, terdapat juga mic terbina yang membolehkannya berfungsi sebagai kit bebas tangan ketika memandu. The Dipper dijual pada harga $149 sepasang.

The-Dipper-1


TIPS & ULASAN