Yahoo! Umumkan Kerjasama Dengan Google Untuk Perkhidmatan Enjin Carian

Yahoo! Umumkan Kerjasama Dengan Google Untuk Perkhidmatan Enjin Carian

Diterbitkan pada Okt 21, 2015 oleh .

Bercakap mengenai enjin carian, nama Google merupakan salah satu nama yang akan disebut oleh hampir keseluruhan pengguna. Terdapat beberapa perkhidmatan alternatif, sebagai contoh daripada Microsoft dan juga beberapa penyedia lain.

Yahoo! sendiri sebelum ini pernah menggunakan perkhidmatan Google, selain turut mempunyai enjin carian mereka tersendiri – tetapi menamatkannya selepas mengumumkan kerjasama dengan Microsoft beberapa tahun lepas.

Namun, mungkin hasil daripadanya tidak begitu disukai oleh CEO baru Yahoo! ini, dan terkini mereka mengumumkan kerjasama dengan pihak Google untuk teknologi enjin carian.

Melalui kerjasama dengan Google ini, Yahoo! akan menggunakan iklan pada carian, algoritma carian, dan juga perkhidmatan carian gambar – pada desktop dan juga peranti mudah-alih. Perjanjian kerjasama dengan Google ini adalah efektif daripada bulan Oktober ini sehingga penghujung 2018 kelak.

Pada masa yang sama, Yahoo! juga akan menggunakan perkhidmatan Microsoft, selain menggunakan teknologi mereka tersendiri dalam arena carian dan pengiklanan.


TIPS & ULASAN