Xiaomi Akan Menawarkan Kemaskini MIUI 7 Bermula Minggu Hadapan – 27 Oktober

Xiaomi Akan Menawarkan Kemaskini MIUI 7 Bermula Minggu Hadapan – 27 Oktober

Diterbitkan pada Okt 21, 2015 oleh .

Xiaomi telah menawarkan MIUI 7 dalam bentuk beta sejak beberapa bulan yang lepas, membolehkan para pengguna menguji sistem operasi Android yang diubah-suai dan dioptimasikan oleh Xiaomi tersebut. Kini, selepas pelbagai ujian, Xiaomi dilihat telah bersedia untuk menawarkannya pada saluran stabil bermula minggu hadapan.

MIUI7

Xiaomi mengatakan mereka akan memperkenalkan kemaskini stabil untuk MIUI 7 bermula daripada 27 Oktober ini. Xiaomi akan memperkenalkan versi stabil secara berperingkat mengikut jenis peranti – dan ia akan ditawarkan melalui kemaskini OTA. Pengguna juga turut boleh memuat-turunnya secara manual jika tidak sabar menantikan kemaskini automatik untuk peranti anda.

Xiaomi MIUI 7 berasaskan kepada Android Lollipop, membawakan kadar respon yang pantas, pengoptimasian untuk penggunaan bateri lama, memberi pilihan tema berbeza, serta fungsi baru seperti Baby Album, Child Mode, dan juga Showtime.

MIUI 7


TIPS & ULASAN