Western Digital Dilaporkan Dalam Perbincangan Mengambil-Alih SanDisk

Western Digital Dilaporkan Dalam Perbincangan Mengambil-Alih SanDisk

Diterbitkan pada Okt 21, 2015 oleh .

SanDisk telah diura-ura akan menjual syarikat mereka untuk diambil-alih oleh syarikat lain beberapa kali sebelum ini, dan mengikut laporan terkini, ia dikatakan Western Digital turut dalam perbincangan untuk mengambil-alih SanDisk.

Sandisk iXpand Flash Drive

SanDisk merupakan salah satu pengeluar flash-memory terbesar di dunia, yang mana turut digunakan bukan sahaja pada peranti mudah-alih, tetapi juga pada komputer dan juga pusat data.

Pengambil-alihan SanDisk ini semestinya akan memberikan kelebihan kepada WesternDigital. Namun, ia masih lagi boleh dikategorikan sebagai dalam perbincangan, dan terdapat kemungkinan pengambil-alihan ini tidak berlaku.

Selain Western Digital, Micron Technology juga dikatakan dalam perbincangan bersama pihak SanDisk untuk tujuan sama.


TIPS & ULASAN