Twitch Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Untuk PS4 – Terhad Untuk Rantau Amerika Buat Masa Ini

Twitch Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Untuk PS4 – Terhad Untuk Rantau Amerika Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Okt 21, 2015 oleh .

Bercakap mengenai dunia gaming, semestinya ramai yang mengenali akan perkhidmatan Twitch, yang mana menawarkan kebolehan untuk pengguna strim permainan, ataupun menonton permainan daripada pengguna lain. Untuk terus menarik gamers menggunakan perkhidmatan mereka, Twitch hari ini menerbitkan aplikasi rasmi mereka untuk PlayStation 4.

Twitch

Twitch mengatakan mereka menawarkan pengalaman penggunaan Twitch menyeluruh melalui aplikasi PlayStation 4 mereka. Menggunakannya, pengguna boleh menonton video daripada pemain lain atau acara esports, bersembang bersama rakan-rakan lain, mengikuti saluran yang disukai, dan beberapa fungsi lain.

Twitch mengatakan aplikasi sama turut akan hadir untuk PlayStation 3 dan PS Vita tidak lama lagi.

Apa pun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah kerana ia hanya ditawarkan di Amerika sahaja buat masa ini, dan akan diperluaskan ke negara-negara lain secara berperingkat.


TIPS & ULASAN