Western Digital Membeli SanDisk Pada Nilai Mencapai RM81.6 Bilion

Western Digital Membeli SanDisk Pada Nilai Mencapai RM81.6 Bilion

Diterbitkan pada Okt 21, 2015 oleh .

Lanjutan daripada desas-desus sebelum ini, hari ini Western Digital secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan syarikat SanDisk pada nilai mencapai sehingga $19 Bilion (~RM81.59 bilion). Dengan pengambil-alihan ini, ia meneruskan transformasi Western Digital dalam menjadi syarikat memfokuskan storan pada tahap global.

SanDisk sedia terkenal dalam arena non-volatile memory (NVM), dan pengambil-alihan ini sekaligus membolehkan Western Digital mengambil kelebihan tersebut dan mengintegrasikannya dengan pelbagai penawaran produk mereka.

Western Digital lebih terkenal dalam penawaran cakera keras dan SSD, tetapi akhir-akhir ini menghadapi cabaran dalam penawaran storan untuk peranti mudah-alih dan juga flash drive. Masalah ini juga dapat diatasi dengan pengambil-alihan SanDisk yang mempunyai kepakaran dan pegangan pasaran dalam arena tersebut.

Seperti pelbagai proses pengambil-alihan ini, Western Digital kini menantikan pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum dapat meneruskan transaksi pembelian ini.

Pengumuman daripada Western Digital ini hadir selepas Dell mengumumkan pengambil-alihan EMC sebelum ini.


TIPS & ULASAN