Medan perang di masa hadapan akan melibatkan dron dan robot bagi mengurangkan kehilangan nyawa manusia. Robot yang boleh tahan lasak akan mengambil alih tugas manusia sebagai tentera barisan hadapan. Amerika Syarikat adalah negara paling rancak membangunkan tentera robotik yang akan bertugas di kesemua cabang tentera udara, darat, marin dan laut. Selain Amerika Syarikat, China dan Russia juga berjinak-jinak di dalam bidang penghasilan tentera robotik.
Teknologi kepintaran buatan dan robot masih lagi belum cukup bagus untuk menggantikan manusia sebagai tentera. Oleh itu untuk jangka masa waktu terdekat manusia masih lagi diperlukan di medan perang. Tetapi tidak seperti tentera dahulu kala, tentera moden akan menggunakan teknologi terkini bagi memberikan mereka kelebihan berbanding musuh. Future Soldier Vision (FSV) ialah konsep pakaian dan kelengkapan tentera Britain menjelang 2025. Helmet kalis peluru dilengkapi kamera video biasa, haba dan pemandangan malam terbina pada bahagian atas. Cermin mata terbina pada helmet akan menunjukkan arah perjalanan dan lokasi musuh yang dikesan. Sistem baju kalis peluru juga kini lebih modular dan boleh ditambah mengikut keperluan anggota tentera. Setiap anggota tentera turut akan dilengkapi komputer peribadi dan peranti boleh pakai bagi memudahkan perkongsian data medan perang.
FSV Ialah projek pemodenan tentera Britain yang akan menelan belanja mencecah160 Billion. Nampkanya selagi robot dengan kepintaran buatan belum menjadi kenyataan, askar manusia akan diberikan kelengkapan yang akan membuatkan mereka kelihatan seperti robot.