Carian
Gambar Samsung Galaxy View Tertiris – Tablet 18.4-inci Daripada Samsung
October 21, 2015 Aman

Samsung pada bulan lepas telah mengumumkan bakal memperkenalkan Galaxy View tidak lama lagi. Sementara mereka masih senyap tanpa sebarang info lanjut mengenainya, dunia internet tidak senyap sebegitu sahaja, dan kini beberapa gambar tertiris memperlihatkan rekaan tablet berkenaan.

Samsung Galaxy View

Samsung Galaxy View

Samsung Galaxy View membawakan skrin bersaiz 18.4-inci, dan secara kasar dilihat membawakan rekaan yang baik – dan turut menyertakan kickstand pada bahagian belakang yang dikatakan merupakan sebuah dock untuk memudahkan pengguna membawa tablet berkenaan ke mana-mana, ataupun menggunakannya untuk mendirikan tablet berkenaan.

Dengan skrin bersaiz besar, Samsung juga turut telah membuang butang Home dan lebih memfokuskan kepada butang atas skrin.

Samsung Galaxy View

Samsung Galaxy View

Jadi, dengan gambar yang tertiris ini, apakah pendapat anda berkenaan dengan tablet yang bakal diumumkan oleh Samsung ini?

Komen