Apple Memperkenalkan iOS 9.1 Untuk iPhone Dan iPad Dengan Sejumlah Emoji Baru

Apple Memperkenalkan iOS 9.1 Untuk iPhone Dan iPad Dengan Sejumlah Emoji Baru

Diterbitkan pada Okt 22, 2015 oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini sistem operasi untuk para pengguna peranti iOS, iaitu iPhone, iPad dan juga iPod Touch. Melalui versi iOS 9.1 yang baru diperkenalkan ini, ia membawakan sedikit kemaskini yang mana lebih memfokuskan kepada Live Photos dan emoji baru.

emoji-kaabah-ios-9.1

Melalui kemaskini untuk Live Photos, kini ia bertindak lebih pintar dan tidak merakamkan gerakan iPhone ketika ingin merakamkan gambar – sekaligus menjadikan hasil akhirnya lebih baik.

Disamping itu, Apple turut memperkenalkan lebih daripada 150 emoji baru melalui kemaskini ini, yang mana turut menyertakan emoji Kaabah dan juga masjid.

Bagi pengguna peranti iOS, anda boleh mengemaskini peranti anda kepada iOS 9.1 hari ini dan menikmati fungsi baru yang dibawakan ini.


TIPS & ULASAN