Cari @ Amanz

Twitter hari ini telah mengadakan persidangan memfokuskan pembangun dinamakan sebagai Flight, dimana mereka berkongsi beberapa perkara berkaitan perkhidmatan mereka untuk pembangun, dan pada masa yang sama mengumumkan akan memperkenalkan versi baru aplikasi Twitter untuk Mac.

Twitter untuk Mac

Pihak Twitter mengatakan mereka akan mengemaskini aplikasi Twitter untuk Mac kelak pada tahun ini, yang mana akan hadir dengan bebrapa fungsi baru, termasuk sokongan memainkan video Vine, selain turut menyertakan tema baru berwarna gelap yang diminati ramai.

Disamping itu, Twitter untuk Mac juga turut akan menyertakan fungsi Direct Messages secara berkumpulan, serta perkongsian gambar melalui Direct Messages.

Dengan pengenalan pelbagai fungsi baru untuk aplikasi Mac ini, mungkinkah kita akan dapat lihat pengguna beralih daripada TweetBot kepada aplikasi Mac yang diberikan nafas baru ini kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd