Meizu Memperkenalkan Peranti Keluarga Pertengahan Dengan Kerangka Logam

Meizu Memperkenalkan Peranti Keluarga Pertengahan Dengan Kerangka Logam

Diterbitkan pada Okt 22, 2015 oleh .

Meizu sedia popular dengan keluarga “M Note” mereka yang menawarkan peranti dibawah harga RM1000, dan hari ini, mereka turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar dibawah keluarga Meizu Blue Charm, dinamakan sebagai Meizu Metal.

Meizu Metal

Meizu Metal menggunakan rekaan kerangka berasaskan logam, dan pada masa yang sama menjalankan cip pemprosesan Helio X10 2.0Ghz. Walaupun Helio X10 merupakan cip pemprosesan yang digunakan oleh HTC pada peranti flagship mereka, tetapi akhir-akhir ini beberapa peranti dibawah keluarga berspesifikasi pertengahan turut telah mula menggunakannya termasuk Redmi Note 2 daripada Xiaomi.

Meizu Metal menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, dilengkapi memori 2GB RAM, serta hadir dalam pilihan storan 16GB dan 32GB. Peranti ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, dimana ruangan SIM kedua berbentuk hibrid yang boleh digunakan untuk ruangan mikro-SD.

Meizu Metal

Untuk rakaman gambar, Meizu Metal menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Sokongan pengimbas cap jari seperti Meizu Pro 5 turut disertakan pada peranti ini, dan ia hadir dengan bateri berkapasiti 3140mAh.

Seperti peranti Meizu sebelum ini, ia hadir menggunakan sistem operasi Android dengan menggunakan antaramuka Flyme OS.

Meizu Metal ini akan ditawarkan di China pada harga bermula CNY 1099 (~RM744). Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan, memandangkan buat masa ini, pihak pengedar tempatan adalah lebih memfokuskan kepada pengenalan Meizu Pro 5 untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN