Cari @ Amanz

Game of Thrones: A Telltale Games Series ialah permainan komputer yang berasaskan siri TV popular Game of Thrones. Sempena pelancaran episod ke-enam dan terakhir musim pertama permainan ini, anda boleh memuat turun episod pertama secara percuma. Muat turun percuma ini terhad kepada pemilik PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One, Xbox 360, Android dan iOS. Kepada yang belum pernah bermain siri ini. IniĀ  adalah masa yang baik untuk mencubanya tanpa mengeluarkan sebarang wang.Harus diingatkan untuk memuat turun, akaun yang beralamatkan Amerika Syarikat diperlukan bagi pengguna konsol.

Game of Thrones

Teknik memberikan episod pertama secara percuma pernah dilakukan oleh Telltale Games sebelum ini untuk dua permaian mereka iaiatu The Walking Dead dan The Wolf Among Us. Harus kami akui kerana episod percuma The Walking Dead kami akhirnya membeli kesemua episod musim pertama kerana jalan ceritanya yang menusuk kalbu. Kepada yang tidak berminat untuk membeli secara digital, keenam-enam episode boleh dibeli secara fizikal 17 November hadapan pada harga $29.99.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd