Harga Jualan Blackberry Priv Bermula Dari RM 3300 Di UK

Harga Jualan Blackberry Priv Bermula Dari RM 3300 Di UK

Diterbitkan pada Okt 22, 2015 oleh .

Blackberry Priv ialah peranti Android pertama yang dihasilkan oleh Blackberry. Kemunculannya sangat dinantikan dan terdapat puluhan gambar dan video sudah tertiris walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi. Ramai bekas pengguna Blackberry menunjukkan minat untuk kembali kepada peranti yang menawarkan sistem penyulitan yang tinggi.

Blackberry Priv

Beberapa syarikat telekomunikasi di luar negara sudah menawarkan program pra-tempahan. Ini memberikan kita petunjuk harga jualan peranti ini kelak. Di India harga jualan bermula dari INR 50635 (RM 3332). Di United Kingdom pula ia dijual tanpa kontrak pada harga £580 (RM 3836). Walaubagaimanapun United KIngdom adalah antara negara yang mempunyai harga peranti mudah alih yang termahal di dunia kerana cukai yang tinggi. Jadi harga jualannya kelak pasti di dalam julat dua harga yang disebutkan tadi. Ini masih meletakkan Priv sebagai peranti yang mempunyai harga yang mahal. Harga yang terlalu mahal adalah antara faktor mengapa peranti BB10 gagal di pasaran apabila diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Adakah harga Priv yang tinggi ini akan membuatkan anda berfikir dua kali untuk membelinya sekarang?


TIPS & ULASAN