Cari @ Amanz

China ialah negara yang semakin dipenuhi dengan orang kaya baru. Ekonomi yang berkembang pesat ini membuatkan generasi baru mempunyai perangai buruk menunjuk-nunjuk kekayaan milik mereka. Sebelum ini seorang lelaki kaya di China membelikan dua Apple Watch Edition untuk dipakai oleh anjing belaan beliau. Di hujung spektrum yang satu lagi pula terdapat banyak cerita warga China sanggup menjual organ demi mendapatkan iPhone yang menjadi lambang status kekayaan.

iphone-6s-china-calar-1

Terkini muncul pula kisah seorang lelaki China mencalarkan skrin 9 peranti iPhone 6S untuk menunjukkan kekayaan kepada bekas kekasih. Skrin dicalarkan dengan nota marah kerana bekas teman wanita meninggalkan beliau selepas menerima sebuah iPhone 6 dari teman lelaki baru. Dengan mencalarkan sembilan peranti sekaligus ini menunjukkan beliau kini berduit dan menganggap iPhone hanya layak dijadikan “kertas” menulis nota marah. Diharap di Malaysia tidak akan ada individu yang melakukan perkara kurang bijak seperti ini untuk menunjuk-nunjuk. Cukuplah dengan amalan aneh tahun lalu dimana kotak iPhone 6 disorokkan di dalam kotak nasi bungkus dan KFC untuk menghasilkan kejutan untuk kekasih.

iphone-6s-china-calar-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd