Cari @ Amanz

Huawei Malaysia akan melancarkan Huawei Mate S secara rasminya esok, tetapi beberapa maklumat berkenaan dengan peranti berkenaan telah mula kedengaran hari ini. Salah satu daripadanya adalah dimana versi yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah versi 3GB RAM/64GB, tetapi agak mendukacitakan kerana versi sokongan Force Touch tidak akan hadir ke Malaysia.

Huawei Mate S

Huawei Mate S hadir dengan skrin 5.5-inci dan dijana menggunakan cip Kirin 935. Dengan spesifikasi tinggi, Huawei juga menyertakan ia dengan rekaan yang sangat premium. Namun, salah satu perkara yang mungkin mengecewakan ramai adalah kerana tiada fungsi Force Touch yang akan disertakan pada telefon pintar ini.

Huawei sebelum ini telah menjadi yang pertama memperkenalkan fungsi Force Touch pada telefon Android tahun ini melalui Mate S. Model asas yang akan dijual di Malaysia ini sedia berharga RM2698, maka mungkin pihak Huawei tidak membawa masuk versi Force Touch kerana berharga lebih mahal.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Huawei akan membawanya masuk ke Malaysia atau tidak buat masa ini. Huawei Malaysia menjadualkan pelancaran peranti ini pada minggu hadapan, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran mereka ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd