Cari @ Amanz

Joox merupakan salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh pembangun perkhidmatan permesejan WeChat, iaitu Tencent. Mereka telah melancarkan perkhidmatan ini di Malaysia pada tahun ini, dan sejak daripada itu beberapa fungsi baru turut telah ditambah.

Joox menawarkan perkhidmatan penstriman muzik, membolehkan pengguna mendengar pelbagai koleksi lagu – sama ada tempatan atau antarabangsa, melalui peranti mudah-alih mereka. Joox hadir secara percuma, tetapi pada masa yang sama turut menawarkan fungsi berbayar yang membuang iklan, memberikan akses kepada beberapa lagu premium, termasuk kebolehan untuk menyimpan lagu untuk didengar secara offline.

Joox Music

Joox Music

Melalui kemaskini terbaru yang ditawarkan untuk pengguna iPhone dan telefon Android, Joox kini turut menyertakan sebuah fungsi baru dinamakan Sleep Timer. Menggunakannya, ketika anda memilih sebarang playlist, anda juga boleh menetapkan masa untuk mendengar lagu, sebagai contoh selama 30 minit atau 60 minit, dan selepas waktu tersebut, aplikasi berkenaan akan berhenti memainkan lagu.

Disamping itu, pihak Joox juga kini menawarkan fungsi memindahkan lagu yang disimpan offline ke storan SD bagi pengguna Android.

Satu lagi fungsi baru yang telah diperkenalkan pihak Joox baru-baru ini juga adalah sokongan tema untuk aplikasi berkenaan, membolehkan anda memilih tema yang serasi dengan jiwa anda ketika menggunakannya.

Kemaskini baru ini boleh digunakan oleh para pengguna Android dan juga iPhone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd