Rekaan One A9 Akan Dijadikan Templat Rekaan Kesemua Peranti HTC Mulai Sekarang
HTC

Rekaan One A9 Akan Dijadikan Templat Rekaan Kesemua Peranti HTC Mulai Sekarang

Diterbitkan pada Okt 22, 2015 oleh .

HTC One M7 adalah peranti Android pertama yang boleh kami katakan mempunyai rekaan yang premium menandingi Apple. Tubuh dari bongkah aluminium dipadankan dengan sistem audio stereo di bahagian hadapan untuk pertama kalinya pada peranti pintar. Ia kami rasakan adalah peranti Android terbaik tahun 2013. Selepas itu rekaan M7 dikitar semula pada beberapa peranti lain HTC. Hasilnya ialah ramai merasakan rekaan peranti HTC adalah teralalu sama antara satu sama lain dan membosankan. Dengan One A9 HTC melakukan perubahan drastik. Sistem audio stereo BoomSound pada bahagian hadapan digantikan dengan pembesar suara pada bahagian bawah. Rekaan A9 kini kelihatan seperti sebuah iPhone.

HTC One A9

Sekiranya anda gemarkan rekaan baru ini anda pasti gembira dengan berita ini. Jack Tong, Presiden HTC untuk kawasan Asia Utara mengesahkan rekaan baru ini akan dijadikan templat rekaan peranti HTC lain di masa hadapan. Ini sekaligus memastikan sistem audio BoomSound akan terkubur selepas ini. Sebagai peminat rekaan M7, keputusan HTC ini mengecewakan tetapi perlu dilakukan demi perubahan. Rekaan yang sama setiap tahun akan membuatkan pengguna bosan. Satu-satunya syarikat yang boleh mengitar semula rekaan dan masih menjual peranti dengan banyak ialah Apple. Ini adalah kerana pengguna Apple merasakan rekaan yang sempurna tidak perlu diubah dan diperbaiki.

 


TIPS & ULASAN