Cari @ Amanz

Kehidupan seharian penduduk Palestin bukanlah mudah. Selain berhadapan ketidakadilan dan kemungkinan mati ditembak, mereka juga hidup serba kedaifan. Bekalan elekrtik kerap terputus kerana stesen janakuasa yang sudah lama tidak diselenggara serta infrastruktur yang semakin usang. Bekalan air bersih serta sistem pembetungan kumbahan juga hampir tidak wujud di kawasan di bawah jajahan Zionis. Kehidupan warga Palestin ini sengaja dibiarkan susah bagi memaksa mereka meninggalkan tanah milik mereka. Apabila ini berlaku penempatan haram yang baru akan dibuka untuk warga Israel.

Comet-Me-1

Kepada warga Palestin yang tinggal di kawasan luar bandar, kehidupan mereka sama dhaif. Mereka tinggal di dalam khemah ataupun gua. Taraf kehidupan yang tidak selari dengan abad ke-21 ini menyebabkan dua warga Israel tergerak untuk memperbaiki taraf kehidupan warga Palestin menggunakan teknologi mesra alam. lad Orian dan Noam Dotan adalah dua ahli fizik yang juga aktivis anti pendudukan haram Zionis di Palestin. Mereka menubuhkan COMET-Me pada tahun 2009 bagi memberikan sumber elektrik dan air bersih kepada warga Palestin yang hidup di kawasan luar bandar. Mereka sudah membekalkan panel solar dan kincir angin kepada 2000 penduduk yang memerlukan. Panel solar yang digunakan mampu menjana 2.5 kWj tenaga elektrik sehari. Kincir udara pula mengepam air ke untuk kegunaan seharian. Tidak cukup dengan itu, COMET-Me melatih penduduk setempat untuk melakukan baik pulih dan penyelenggaraan dengan sendiri. Mereka kini boleh berdikari sekiranya apa-apa berlaku kepada NGO ini.

Insan seperti lad Orian dan Noam Dotan ini adalah sebab mengapa kita sebagai umat Islam sepatutnya tidak mudah termakan racun anti Yahudi. Ada warga Israel yang menyedari ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan mereka dan cuba untuk membantu mereka yang teraniaya.

Comet-Me-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd