Carian
2015 Ialah Tahun Serangan Malware Tertinggi Dalam Sejarah OSX
October 22, 2015 Effi Saharudin

Kenapakah anda menggunakan komputer Apple Mac? Jawapan paling kerap kami dengar ialah ianya cool ianya mudah digunakan dan tidak mempunyai masalah virus seperti Windows. Alasan kedua tadi mungkin tidak boleh digunakan lagi di masa hadapan. Ini adalah kerana tahun 2015 mencatatkan jumlah malware yang terbanyak menyerang OSX. Menurut laporan Bit 9 Carbon Black, sebanyak 948 malware dikesan menyerang OSX tahun ini. Ini adalah hampir lima kali ganda lebih banyak dari jumlah malware yang menyerang OSX dari 2010 hingga 2014.

Malware-osx-2015

Antara malware yang paling kerap dikesan pada sistem OSX ialah Coin Thief yang mencuri BitCoin dan Apetite, sebuah Trojan yang menyerang organisasi kerajaan. Jumlah malware meningkat secara mendadak kerana jumlah pengguna OSX yang semakin bertambah. Kepopularan komputer MacBook menjadi mangkin penghasilan malware oleh pihak yang mahu mencuri data pengguna. Jumlah malware yang menyerang sistem operasi OSX ini mungkin kelihatan besar tetapi sebenarnya masih sedikit jika dibandingkan dengan yang menyerang Widows. Pada tahun 2012 Symantec menyenaraikan 17 702 868  malware yang dikesan menyerang platform Windows. Jadi sekiranya anda pengguna OSX, anda tidak perlu panik kerana masalah malware Windows jauh lebih serius.

Komen