Cari @ Amanz

Instagram sebelum ini telah memperkenalkan beberapa aplikasi, seperti Hyperlapse dan juga Layout. Hari ini, mereka menambah lagi aplikasi dibawah penawaran mereka, dengan memperkenalkan aplikasi yang dinamakan sebagai Boomerang.

Boomerang memfokuskan kepada menjadikan rakaman anda lebih menarik dengan menjadikannya sebagai video loop seumpama animasi GIF.

Boomerang

Instagram mengatakan menggunakan Boomerang, ia akan merakamkan sejumlah gambar dalam bentuk burst-shoot, dan seterusnya menyambungkannya menjadikan ia sebagai video dalam bentuk loop. Pengguna juga turut boleh berkongsi video yang dirakamkan ini terus ke Instagram.

Aplikasi Boomerang ini ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone hari ini, dan boleh dimuat-turun secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd