Sony Akan Membuka Kilang Memfokuskan Pengeluaran Telefon Pintar Di Thailand

Sony Akan Membuka Kilang Memfokuskan Pengeluaran Telefon Pintar Di Thailand

Diterbitkan pada Okt 23, 2015 oleh .

Sony sebelum ini telah beberapa kali dikatakan akan menamatkan perniagaan telefon pintar mereka, dan semuanya bergantung kepada keuntungan yang akan dijana bahagian tersebut pada tahun akan datang ini. Nampaknya, walaupun perniagaan telefon pintar mereka mempunyai masalah kewangan, namun mereka masih belum berputus asa, dan kini dikatakan akan membuka kilang memfokuskan pengeluaran telefon pintar di Thailand.

Xperia M4 Aqua Dual

Kilang ini juga akan menjadi kilang pertama yang didedikasikan untuk perniagaan telefon pintar dalam tempoh 20 tahun ini. Kilang ini kelak akan memfokuskan kepada pengeluaran untuk telefon pintar meliputi pelbagai fasa, dan Sony menyasarkan untuk ia beroperasi bermula tahun fiskal 2016 ini.

Sony dijangka akan membuat pengeluaran beberapa juta telefon pintar Xperia melalui kilang ini setiap tahun.

Dengan pembukaan kilang ini juga, kita dapat lihat yang mana Sony amat komited dalam arena perniagaan telefon pintar dan masih belum berputus-asa dengannya.


TIPS & ULASAN