Facebook Mengemaskini Aplikasi iOS – Kini Tidak Lagi Menggunakan Bateri Dengan Tinggi

Facebook Mengemaskini Aplikasi iOS – Kini Tidak Lagi Menggunakan Bateri Dengan Tinggi

Diterbitkan pada Okt 23, 2015 oleh .

Pengguna iOS sebelum ini telah melaporkan yang mana aplikasi Facebook menggunakan tenaga bateri dengan tinggi, sekaligus memberikan kesan kepada penggunaan harian telefon pintar mereka. Beberapa pengguna sebelum ini telah mengatakan ia berpunca daripada penggunaan akses lokasi dan beberapa fungsi lain.

Bercakap mengenainya hari ini, pihak Facebook mengatakan ia bukan disebabkan oleh lokasi, sebaliknya disebabkan oleh beberapa pepijat – yang mana telah diatasi melalui versi terbaru aplikasi Facebook untuk iOS.

Facebook mengatakan, salah satu sebab yang membuatkan aplikasi berkenaan menggunakan tenaga bateri yang tinggi adalah disebabkan oleh masalah CPU Spin – dimana ia menghantar permintaan kepada rangkaian tanpa menerima sebarang respon daripadanya. Satu lagi masalah yang turut dikenal-pasti adalah apabila pengguna menonton video pada Facebook, ia akan kekal menjalankan audio session di latar dan menggunakan tenaga pemprosesan tambahan.

Kedua-dua masalah ini dilihat telah diatasi pada versi terbaru aplikasi Facebook untuk iOS, dan mungkin versi baru ini tidak lagi akan menggunakan tenaga bateri yang tinggi seperti sebelum ini.


TIPS & ULASAN