WebTVAsia Membolehkan Pembangun Kandungan Video Tempatan Menembusi Pasaran China

WebTVAsia Membolehkan Pembangun Kandungan Video Tempatan Menembusi Pasaran China

Diterbitkan pada Okt 23, 2015 oleh .

Mungkin tak ramai yang mengenali WebTVAsia namun bagi anda yang pernah menonton filem-filem seperti Nasi Lemak 2.0, Hantu Gangster, Banglasia, mungkin anda lebih mengenali nama Prodigee Media Entertainment. WebTVAsia merupakan salah satu subsidiari dibawah Prodigee Media dan mengendalikan Multi-Channel Network. Pada hari ini di acara WebTVAsia Creators Forum mereka menandatangani perjanjian kerjasama dengan 7 syarikat antarabangsa

Bagi anda yang tidak biasa mendengar terma Multi-Channel Network, ia merupakan terma diberikan kepada syarikat yang mengendalikan saluran-saluran video digital seperti contoh YouTube, Dailymotion, dan juga Youku Tudou. Syarikat sebegini bertanggungjawab keatas pengendalian, pendanaan, dan juga mengendalikan urusan pengiklanan untuk pencipta kandungan video. Kadangkala cabaran oleh pencipta kandungan video adalah dalam mencari dana dan juga pengiklan, jadi syarikat Multi-Channel Network akan melaksanakan tugas-tugas tersebut, sekaligus mengurangkan beban pencipta kandungan video, dan membolehkan mereka fokus untuk menghasilkan kandungan video yang lebih baik. Mereka juga akan mengoptimasikan sesuautu video itu, membolehkan lebih banyak tontonan diperoleh untuk sesuatu video tersebut.

Syarikat WebTVAsia sehingga kini telah mengendalikan 300 saluran video digital di beberapa negara berbeza seperti China, Korea, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Singapura dan juga Malaysia. Mereka mempunyai lebih dari 4 juta pelanggan untuk keseluruhan saluran serta lebih dari 1.5 Bilion jumlah tontonan terhadap video yang telah dihasilkan oleh saluran mereka.

Pada acara ini, perjanjian kerjasama dengan 7 syarikat antarabangsa ini akan meluaskan WebTVAsia untuk memasarkan kandungan dibawah saluran mereka ke negara-negara lain. Antaranya termasuklah perjanjian dengan tiga syarikat produksi di China iaitu Heyi Pictures yang juga merupakan subsidiari dibawah Youku Tudou, Stellar Mega Pictures & Wanda Pictures bagi menghasilkan filem Teacher’s Diary, perjanjian dengan CJ & EM yang bertanggungjawab untuk pasaran Korea, dan juga perlesenan kandungan dengan Dailymotion yang popular di Perancis.

Perjanjian kerjasama sebegini sekaligus bakal menaikkan nama startup Malaysia iaitu Prodigee Media dan juga WebTVAsia dan membolehkan pencipta kandungan video tempatan untuk menembusi pasaran luar negara, terutamanya China. Sekiranya anda seorang pencipta kandungan video dan ingin menembusi pasaran China, WebTVAsia dibawah Prodigee Media boleh membantu anda.

prodigee-webtvasia-2

Layari: Prodigee Media EntertainmentWebTVAsia


TIPS & ULASAN