Digi Memulakan Ujian VoLTE Pada Rangkaian 4G LTE Mereka

Digi Memulakan Ujian VoLTE Pada Rangkaian 4G LTE Mereka

Diterbitkan pada Okt 23, 2015 oleh .

Digi hari ini secara rasminya mengumumkan permulaan ujian VoLTE (Voice-over-LTE) pada rangkaian mereka, sekaligus mengalihkan penggunaan sokongan panggilan suara kepada rangkaian 4G LTE, berbanding yang diimplimentasikan pada hari ini menggunakan rangkaian 2G dan juga 3G.

Melalui penggunaan VoLTE, ia membolehkan pengguna untuk kekal menggunakan internet seperti melayari web atau memuat-turun kandungan, pada masa yang sama membuat panggilan suara. Pada hari ini, kebiasaannya, ketika anda membuat dua tugasan ini sekali, ia akan mengakibatkan rangkaian internet anda menjadi perlahan atau kadang-kala terputus.

Digi VoLTE

Fungsi tambahan seperti noise cancellation turut boleh digunakan melalui VoLTE, selain beberapa fungsi tambahan yang sering disertakan khusus pada beberapa peranti mengambil kelebihan fungsi ini.

Digi mengatakan penggunaan VoLTE juga membolehkan mereka menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik berbanding penggunaan rangkaian 2G atau 3G hari ini.

Ujian ini hanya dilakukan di beberapa kawasan dan melibatkan segelintir pengguna sahaja buat masa ini. Digi mengatakan pengguna boleh menikmati penggunaan VoLTE ini melalui telefon pintar yang menyokongnya menjelang tahun 2016. Digi turut menekankan, untuk fasa pengenalan, mereka akan kekal menyokong rangkaian 2G dan 3G walaupun telah beralih ke VoLTE.


TIPS & ULASAN