Cari @ Amanz

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum kita boleh kembali ke dunia pasca apokalips nuklear Fallout 4. Permainan yang sangat dinantikan ini pastinya akan memakan masa ratusan jam sebelum boleh dihabiskan. Sekiranya anda bercadang untuk membeli versi fizikal permainan ini pada platform PC ada sedikit berita kurang menyenangkan. Pete Hines, timbalan presiden pemasaran Bathesda mengesahkan untuk melengkapkan pemasangan permainan ini pada PC data perlu dimuat turun menerusi Steam. Perkara ini berlaku kerana pertama sekali untuk mengurangkan penggunaan cakera DVD dan juga menentang masalah lanun cetak rompak. Setiap pembelian Fallout 4 fizikal akan menerima Steam Key bagi melengkapkan pemasangan serta melakukan aktivasi.

Fallout 4

Fallout 4 memerlukan ruang pemasangan sebesar 30 Gigabyte pada platform PC. Kami rasakan alasan mengurangkan jumlah DVD untuk versi fizikal kurang munasabah. Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, GTA V yang memerlukan ruang pemasangan sebesar 65 Gigabyte dijual dengan 7 DVD fizikal. Ini bermakna versi fizikal Fallout 4 mungkin hanya memerlukan 4 DVD untuk pemasangan penuh. Empat DVD bukanlah jumlah yang banyak dan tidak menebalkan bekas simpanan versi fizikal. Kami yakin alasan sebenar muat turun perlu dilakukan adalah untuk menyukarkannya dicetak rompak. Kepada pengguna konsol PlayStation 4 dan Xbox One anda tidak perlu melakukan sebarang muat turun ketika pemasangan. Kesemua data untuk memainkan permainan ini boleh dimuatkan di dalam satu cakera Blu-Ray.

Fallout-4-Steam-Download-PC

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd