Acer Jade Primo – Telefon PC Daripada Acer Berharga Sekitar RM1733 Di Filipina

Acer Jade Primo – Telefon PC Daripada Acer Berharga Sekitar RM1733 Di Filipina

Diterbitkan pada Okt 25, 2015 oleh .

Acer Jade Primo ialah peranti Windows 10 Mobile yang dilengkapi fungsi Continuum. Kami sempat bermain dengan peranti utama Acer ini ketika di Taipei beberapa minggu yang lalu. Pihak Acer pada waktu tersebut enggan memberikan kami spesifikasi penuh peranti ini.

Acer-Jade-Primo-Price

Kini, Acer Jade Primo baru sahaja dilancarkan di Filipina dan spesifikasi penuhnya turut dikongsikan. Ia mempunyai skrin 5.5 AMOLED FHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 808, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 21 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Harga jualan di Filipina ialah PHP 18990 (RM1733).

Harga jualan peranti adalah agak murah dengan spesifikasi yang ditawarkan. Acer sebelum ini telah mengatakan mereka akan turut menawarkan Jade Primo bersama-sama papan kekunci, tetikus dan juga dok khusus untuk menghubungkan ia menjadi komputer penuh.


TIPS & ULASAN