Pengguna Prabayar Akan Menerima Rebat Amaun GST Yang Dibayar – Dikredit Bermula Januari 2016

Pengguna Prabayar Akan Menerima Rebat Amaun GST Yang Dibayar – Dikredit Bermula Januari 2016

Diterbitkan pada Okt 23, 2015 oleh .

Bersempena dengan Belanjawan 2016 yang diumumkan hari ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan yang mana para pengguna prabayar akan menerima kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang telah dibayar mereka untuk tambah-nilai.

GST Topup

Najib Razak mengatakan amaun berkenaan akan dikredit semula secara automatik kepada akaun pengguna bermula daripada 1 Januari 2016 hingga Disember 2016 kelak.

Sebelum ini, prabayar telah mula dikenakan dengan caj GST bermula 1 April 2015 yang lepas, dan pelbagai teka-teki berlaku sejak daripadanya – dan dikatakan akan dimansuhkan bermula daripada 1 November kelak.


TIPS & ULASAN