Disamping berkaitan telekomunikasi, kerajaan turut mengumumkan beberapa imbuhan dan pelaburan untuk usahawan tempatan, dan salah satunya adalah dana sebanyak RM100 juta yang diperuntukkan dibawah KKMM untuk program eRezeki dan juga eUsahawan.
Kerajaan mengatakan program ini akan memberikan manfaat kepada lebih kurang 100,000 golongan B4 – iaitu kira-kira 11.7 juta warganegara tempatan dengan pendapatan isi rumah dibawah RM3,050 sebulan.
Program eRezeki telah diperkenalkan pada tahun ini oleh MDeC, dimana membolehkan pengguna menjana pendapatan tambahan dengan membuat beberapa tugasan atas-talian. Walaupun ia kedengaran agak menarik, namun, terdapat beberapa pengguna tempatan yang memberikan maklumbalas agak negatif berkaitan dengannya – termasuk sistem yang kurang mesra pengguna, disamping kesukaran mendapat tugasan untuk pengguna menjana pendapatan.
Mungkin dengan suntikan dana tambahan ini, kami berharap pihak MDeC dan yang berkaitan dapat menambah-baik program ini, dan tidak menjadikan suntikan tambahan yang disediakan Perdana Menteri ini menjadi sia-sia sahaja.