Cari @ Amanz

Pada Belanjawan 2016 yang diumumkan hari ini, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai pelaburan domestik dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan pendapatan dalam negara. Beberapa langkah telah diumumkan untuk meningkatkannya, termasuk dengan fokus terhadap pelaburan dana teroka.

Cyberjaya

Kerajaan mengatakan Khazanah Nasional akan memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk modal teroka dan juga dana ekuiti persendirian. Pihak Khazanah Nasional agak aktif pada tahun ini dalam pelaburan beberapa projek dan juga startup – yang mana tidak terhad untuk idea tempatan – tetapi juga idea luar negara.

Kerajaan juga akan melaksanakan projek pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir RM11 bilion – yang mana dijangka dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun. Cyberjaya seperti ramai sedia maklum, merupakan salah satu hab teknologi tempatan, dan terdapat sejumlah syarikat teknologi tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di sana.

Kerajaan turut memberikan perhatian kepada bidang aeroangkasa dan peranti perubatan – dimana sebanyak RM730 juta disediakan untuknya melalui dana dibawah MIDA.

Kerajaan juga turut mengatakan mereka akan menubuhkan dana pinjaman mudah dibawah SME Bank pada kadar faedah 4 peratus berjumlah RM200 juta, dan dinamakan sebagai SME Technology Transformation Fund. Ia mungkin akan lebih memfokuskan kepada peniaga PKS untuk beralih dan mengintegrasikan sokongan teknologi pada penawaran mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd