Belanjawan 2016 : Kerajaan Mengumumkan Dana Sebanyak RM35 Juta Untuk MaGIC

Belanjawan 2016 : Kerajaan Mengumumkan Dana Sebanyak RM35 Juta Untuk MaGIC

Diterbitkan pada Okt 23, 2015 oleh .

MaGIC atau nama penuhnya Malaysian Global Innovation & Creativity Centre merupakan salah satu agensi tempatan yang bertanggungjawab dalam mengalakkan pertumbuhan usahawan tempatan. Dalam meneruskan inisiatif berkenaan, kerajaan kini mengumumkan peruntukkan sebanyak RM35 juta untuk MaGIC.

MaGIC 35 Juta

Najib Razak mengumumkan yang mana dana ini ditawarkan untuk MaGIC dalam usaha untuk menjadikan ia sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau. MaGIC pada hari ini sedia menyediakan khidmat bimbingan kepada usahawan, selain turut melakukan pelbagai usaha mempromosikan startup tempatan dan memberikan latihan kepada anak muda di Malaysia.

Disamping itu, kerajaan juga turut mengumumkan RM10 juta sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund.

Pihak MaGIC masih belum mengeluarkan kenyataan lanjut daripada peruntukkan ini buat masa ini.

Baca : MaGIC selepas setahun ditubuhkan


TIPS & ULASAN