Belanjawan 2016 : RM30 Juta Diumumkan Untuk Program Keusahawanan Generasi Muda

Belanjawan 2016 : RM30 Juta Diumumkan Untuk Program Keusahawanan Generasi Muda

Diterbitkan pada Okt 23, 2015 oleh .

Belanjawan kali ini dilihat menawarkan beberapa peruntukkan dalam menaikkan arena keusahawanan tempatan dan pada masa yang sama bersaing di rantau ini. Selain daripada MaGIC, Perdana Menteri juga turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM30 juta untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda.

Bahtera 30 Juta

Dibawah program ini, antara agensi dan program yang terlibat adalah Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition, dan juga Projek Perintis Pengaturcaraan di sekolah.

Secara kasar, disamping membangunkan arena keusahawanan, kerajaan juga dilihat ingin meningkatkan arena technoprenuer di Malaysia dengan mengalakkan pengaturcaraan bermula di peringkat sekolah.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai apa yang bakal ditawarkan oleh badan-badan yang terlibat ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN