Samsung Memperkenalkan Galaxy On5 Dan Galaxy On7 Di China

Samsung Memperkenalkan Galaxy On5 Dan Galaxy On7 Di China

Diterbitkan pada Okt 23, 2015 oleh .

Samsung pada tahun ini dilihat permintaan peranti berspesifikasi pertengahan yang agak tinggi melalui keluarga Galaxy J. Selain daripada keluarga Galaxy J, terkini, di China, Samsung turut menyenaraikan keluarga peranti dibawah keluarga Galaxy On.

Samsung Galaxy On

Samsung China, melalui laman web rasmi mereka menyenaraikan peranti dibawah keluarga Galaxy On – yang mana membawakan peranti berspesifikasi pertengahan, dengan rekaan seumpama keluarga Galaxy J. Keluarga Galaxy On ini dijana menggunakan cip pemprosesan Samsung tersendiri, iaitu Exynos.

Galaxy On7 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, sementara Galaxy On5 pula membawakan skrin bersaiz 5-inci. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Exynos 3475, dan memori 1.5GB RAM.

Untuk tujuan merakamkan gambar, Samsung menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan. Telefon pintar ini dilengkapi dengan Android 5.1 Lollipop, serta antaramuka TouchWiz. Menariknya, di China, Samsung membenarkan pengguna membuang aplikasi yang hadir terbina dan memperluaskan ruangan storan.

Samsung masih tidak mengumumkan harga jualannya buat masa ini, dan telefon pintar ini turut dijangka akan dipasarkan di beberapa negara selain China dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN