Sony Dilaporkan Mungkin Membeli Perniagaan Sensor Pengimejan Toshiba

Sony Dilaporkan Mungkin Membeli Perniagaan Sensor Pengimejan Toshiba

Diterbitkan pada Okt 24, 2015 oleh .

Toshiba telah diura-ura akan menstruktur semula syarikat mereka sebelum ini, dan lanjutan daripadanya, kini desas-desus baru hadir mengatakan Toshiba mungkin menjual perniagaan sensor pengimejan mereka mungkin dijual kepada pihak Sony.

HTC One M9

Sony seperti ramai sedia maklum, merupakan pengeluar sensor pengimejan terkemuka, dan sensor mereka digunakan secara meluas, termasuk oleh peranti Samsung, Xiaomi, dan sebagainya.

Toshiba turut mempunyai pelanggan mereka tersendiri, dan HTC pada tahun ini telah menggunakan sensor Toshiba pada peranti HTC One M9.

Pihak Sony dan juga Toshiba tidak mengeluarkan sebarang komen buat masa ini.


TIPS & ULASAN