Samsung Memperlihatkan Rekaan Bateri Boleh Lentur Untuk Peranti Boleh-Pakai

Samsung Memperlihatkan Rekaan Bateri Boleh Lentur Untuk Peranti Boleh-Pakai

Diterbitkan pada Okt 25, 2015 oleh .

Pada peranti boleh-pakai seperti jam tangan pintar dan sebagainya, salah satu masalah utama adalah bateri, dimana saiznya yang kecil membuatkan kapasiti bateri yang disertakan adalah kecil. Pihak Samsung dilihat ingin mencuba sesuatu yang baru melalui rekaan baru bateri mereka.

Samsung SDI

Samsung memanggilnya sebagai Stribe, dimana ia boleh melentur dan digunakan untuk rekaan yang berbeza-beza – sebagai contoh untuk rantai, aksesori baju dan sebagainya. Samsung mengatakan ia mengandungi pelbagai elemen teknologi yang dibangunkan oleh Samsung SDI – termasuk rekaan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi berbanding kepada rekaan semasa hari ini. Samsung juga menekankan rekaan senipis 0.3mm yang dibawakan olehnya.

Selain daripada Stripe, satu lagi rekaan yang diperlihatkan oleh Samsung adalah Band – menyasarkan untuk jam tangan pintar. Samsung mengatakan apabila ia digunakan, kapasiti bateri jam tangan pintar boleh ditingkatkan sehingga 50%.

Rekaan Band ini dikatakan membolehkan ia digunakan secara melengkung – bersesuaian dengan pergelangan tangan manusia. Samsung mengatakan ujian kasar untuk melengkungkannya sebanyak 50,000 kali telah diuji dan ia tidak menghasilkan sebarang masalah buat masa ini.


TIPS & ULASAN