Cari @ Amanz

Papan kekunci mekanikal adalah papan kekunci terbaik yang boleh anda miliki kerana ia jauh lebih tahan lasak berbanding papan kekunci yang menggunakan membran getah. Harganya juga lebih mahal dan digunakan oleh pemain komputer profesional yang mementingkan kejituan setiap kekunci yang ditekan. Sebagai penulis papan kekunci mekanikal ini mempunyai satu kelemahan iaitu ianya tidak ergonomik. Susunan kekunci yang rata boleh mengakibatkan berlaku masalah RSI pada pergelangan tangan. Tidak ada papan kekunci mekanikal yang ergonomik di pasaran sekarang.

ultimate-hacking-keyboard-1

Ultimate Hacking Keyboard (UHK) ialah percubaan  untuk menghasilkan sebuah papan kekunci mekanikal yang ergonomik dan mesra pengguna. Ia boleh dicabut kepada dua bahagian berbeza yang membolehkan konfigurasi seakan sebuah papan kekunci ergonomik. Pergelangan tangan kini lurus ketika menaip sekaligus mengelakkan RSI. UHK juga mempunyai beberapa butang tambahan yang membolehkan ia berfungsi sebagai sebuah tetikus. Tangan pengguna tidak perlu lagi meninggalkan kekunci untuk menggunakan sebuah tetikus. Fungsi makro juga disertakan bagi membolehkan kekunci diprogramkan untuk permainan komputer popular seperti DoTA. WoW dan Starcraft II. Ia boleh digunakan oleh komputer Windows, Mac, Linux dan juga peranti Android. Rekaannya yang kompak pula memudahkan ia dibawa di dalam beg. UHK masih mengumpul dana untuk penghasilan secara besar-besaran dan dijual pada harga bermula  $200 sebuah.

ultimate-hacking-keyboard-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd