Batman Arkham Knight PC Akan Dijual Semula 28 Oktober Ini
Artikel Berkaitan

Batman Arkham Knight PC Akan Dijual Semula 28 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 25, 2015 oleh .

Penantian selama lima bulan pengguna PC untuk bermain Batman Arkham Knight akan berakhir minggu hadapan. Warner Brothers Games mengesahkan permainan terakhir di dalam siri trilogi Arkham ini akan dijual semula bermula 28 Oktober ini. Pada asalnya ia dijual Jun yang lalu tetapi selepas ribuan pengguna PC merungut masalah pepijat yang teruk, jualannya ditarik semula sehingga ia dapat diselesaikan. Beberapa patch yang dihasilkan sejak sebulan yang lalu berjaya menyelesaikan masalah utama seperti PC berspesfikasi tinggi gagal memainkan Arkham Knight pada tetapan paling tinggi. Pihak Warners Brothers turut menyertakan mod gambar, mod kepala besar dan beberapa ujian AR baru apabila anda membeli edisi baru permainan ini. Walaubagaimanapun mereka bertegas tidak akan memberikan DLC percuma kepada pengguna PC sebagai tanpa meminta maaf terpaksa menunggu lima bulan untuk versi PC yang tidak bermasalah.

Batman-Arkham-City

 


TIPS & ULASAN