Jana GIF Dari Video Dengan Mudah Menggunakan Giphy GIF Maker

Jana GIF Dari Video Dengan Mudah Menggunakan Giphy GIF Maker

Diterbitkan pada Okt 25, 2015 oleh .

Animasi GIF mempunyai pengemar dan peminatnya tersendiri, dan boleh dikatakan kadang-kala proses untuk menjana sesuatu animasi GIF daripada video mungkin sukar untuk beberapa pengguna. Dalam memudahkan proses berkenaan, kini salah satu aplikasi berasaskan web diperkenalkan oleh Giphy, dinamakan sebagai Giphy GIF Maker.

Giphy GIF Maker

Menggunakan Giphy GIF Maker ini, pengguna hanya perlu memasukkan pautan daripada YouTube, Vimeo, Vine ataupun menggunakan klip video daripada komputer pengguna sendiri.

Seterusnya, ia akan memaparkan latar masa, membolehkan pengguna memilih masa yang mana mereka ingin jadikan sebagai GIF daripada video, selain turut membolehkan pengguna menambah teks pada GIF akhir kelak.

Giphy GIF Maker

Selesai membuat beberapa perubahan, pengguna boleh klik pada butang menjana GIF, dan ia akan secara automatik memuat-naik GIF tersebut ke laman Giphy, dan memudahkan anda memuat-turunnya.

Bagi anda yang ingin cuba membuat animasi GIF anda tersendiri daripada video, anda boleh mencuba Giphy GIF Maker hari ini.

Layari : Giphy GIF Maker


TIPS & ULASAN