PhoneDrone – Mengubah Telefon Pintar Anda Menjadi Dron

PhoneDrone – Mengubah Telefon Pintar Anda Menjadi Dron

Diterbitkan pada Okt 25, 2015 oleh .

Telefon pintar mempunyai pelbagai komponen terbina seperti kamera, gyroscope, pemprosesan, dan pelbagai sensor lain. Ini menjadikan ia sesuai untuk diubah menjadi beberapa perkara. Sebelum ini, kita telah melihat telefon pintar menjadi pelengkap untuk peranti realiti-maya dengan menggunakan kelebihan skrinnya. Kini, sebuah aksesori tambahan diperlihatkan yang mengubah telefon anda menjadi dron.

PhoneDrone

Dinamakan sebagai PhoneDrone, ia dibangunkan oleh xCraft, merupakan sebuah aksesori yang memerlukan telefon pintar anda dihubungkan untuk menjadikannya sebagai sebuah dron. xCraft mengatakan dengan menggunakan pelbagai sensor terbina pada telefon pintar, ini sekaligus menjadikan harga untuk PhoneDrone lebih murah dan mampu dimiliki oleh orang ramai.

Untuk mengawal PhoneDrone, pengguna memerlukan lagi satu telefon pintar, dimana menggunakan aplikasi khusus untuknya, pengguna boleh menetapkan beberapa mod. Pengguna juga turut boleh merakamkan video dan mengambil gambar daripada dron tersebut.

PhoneDrone ini dilihat boleh digunakan bersama-sama pelbagai peranti Android dan iPhone di pasaran, selain turut menyokong Apple Watch.

PhoneDrone

Pembangunnya kini membuat pengumpulan dana melalui KickStarter, dimana ia ditawarkan pada harga bermula $195 (~RM829).


TIPS & ULASAN