Cari @ Amanz

Digi sebelum ini telah memperkenalkan Android Hub di beberapa kedai mereka, membolehkan pengguna tempatan mendapatkan bantuan berkaitan Android dan cadangan berkaitan dengan sistem operasi, aplikasi dan sebagainya. Kini, Samsung Malaysia turut mengumumkan kerjasama dengan Digi, untuk membuka Samsung Android Hub.

Samsung Android Hub kini tersedia di lebih kurang 10 kedai Digi seluruh negara, dalam usaha membantu pengguna untuk mendapatkan info dan bantuan berkaitan dengan produk Samsung.

Samsung Android Hub

Pihak Samsung juga turut melengkapkan ruangan Samsung Android Hub ini dengan Galaxy Masters – yang mana boleh memberikan bantuan dan latihan satu-ke-satu dengan pelanggan dan pengguna, termasuk berkaitan dengan peranti, bantuan membaiki peranti, serta beberapa bantuan lain.

Sempena pengenalan ini, pihak Samsung dan Digi juga turut menawarkan beberapa tawaran promosi khusus untuk pembelian di Samsung Android Hub ini.

Bagi anda yang berminat, boleh melawat Samsung Android Hub di Digi Store, iaitu di Sunway Pyramid, The Gardens, Ipoh Greentown, KILA2, Pulau Tikus, Taman Molek, Kuching, One Borneo, Plaza Merdeka Melaka dan juga Kuantan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd