Senarai 12 Peranti Yang Akan Menerima MIUI7 Esok Diumumkan

Senarai 12 Peranti Yang Akan Menerima MIUI7 Esok Diumumkan

Diterbitkan pada Okt 26, 2015 oleh .

MIUI 7

Esok Xiaomi akan membenarkan muat turun MIUI 7, versi terkini sistem operasi yang berasaskan Android mereka. Sejak MIUI 7 diumumkan beberapa minggu yang lalau pemilik peranti Xiaomi tertanya-tanya peranti manakah yang akan menerima kemas kini ini terlebih dahulu. Xiaomi baru sahaja mengumumkan senarai 12 peranti yang akan menerimanya esok adalah;

  1. Mi 2/2S
  2. Mi 3
  3. Mi 4
  4. Mi 4c
  5. Mi 4i
  6. Mi Note/Pro
  7. Mi Pad
  8. Redmi 1S W
  9. Redmi Note 4G Satu SIM
  10. Redmi Note 4G Dua SIM
  11. Redmi 2
  12. Redmi Note 2

Kemas kini ke MIUI 7 akan bermula esok 27 Oktober. Kepada pengguna Redmi 1 dan Redmi Note 3G peranti anda akan menerima kemas kini ini dalam masa terdekat. 


TIPS & ULASAN