Super Retcon – Power Bank Berbentuk Pengawal Super Famicom

Super Retcon – Power Bank Berbentuk Pengawal Super Famicom

Diterbitkan pada Okt 26, 2015 oleh .

Nintendo Super Famicom ialah konsol yang sangat kami mahukan ketika masih kecil kerana kemampuan grafiknya yang lebih baik berbanding Sega Genesis. Kami akan menghabiskan wang di pusat membeli belah menyewa sebuah Famicom dengan bayaran RM 7 untuk setiap jam. Permainan yang seringa dimainkan ialah Super Street FIghter 2 dan Jikkyou World Soccer: Perfect Eleven. Kami masih menyimpan hasrat memiliki konsol ini tetapi di Malaysia adalah amat sukar untuk mencari konsol lama yang masih berfungsi.

Super-Retcon-Power-Bank-1

Jadi untuk waktu terdekat mungkin kami boleh menghilangkan kemahuan memiliki Famicom dengan membeli Super Retcon. Ia adalah sebuah power bank yang berbentuk seperti pengawal permainan Super Famicom. Ia berkapasiti 10400 mAh dan mempunyai empat port USB-A untuk pengecasan. Power bank Super Retcon ini dijual pada harga $44 (RM 193) sebuah.

Super-Retcon-Power-Bank-2

 


TIPS & ULASAN