Carian
Bagaimana Mengelak Perkongsian Peribadi Anda Di Facebook Di Akses Pengguna Tidak Dikenali?
October 26, 2015 Aman

Facebook sejak daripada minggu lepas, telah mula memperkenalkan sokongan untuk membolehkan sesiapa sahaja membuat carian perkongsian status, gambar, pautan dan sebagainya di Facebook, sekaligus mungkin merisaukan anda yang terlupa untuk membuat tetapan perkongsian kepada rakan-rakan sahaja dan bukannya umum.

Jika anda sebelum ini pernah membuat perkongsian secara umum, anda boleh mengubah semua perkongsian anda kepada hanya rakan-rakan atau peribadi dengan mudah.

Untuk mengubahnya, pertama kali, anda perlu ke halaman Privasi. Untuknya, anda boleh klik menu drop-down pada bahagian atas-kanan laman, dan memilih Settings. Pada laman Settings, lihat pada bahagian kiri, dan klik pada Privacy.

Di laman Facebook Privacy, anda akan melihat beberapa tetapan. Untuk mengubah tetapan perkongsian sebelum ini, lihat pada pilihan ketiga, iaitu “Limit the audience for posts you’ve shared with friends of friends or Public”. Klik padanya, dan pilih untuk “Limit Posts”. Segala perkongsian anda sebelum ini akan dihadkan dan tidak lagi dikongsikan secara umum, sebaliknya hanya terhad kepada rakan-rakan anda.

Facebook Privacy

Disamping itu, anda juga boleh klik pada ruangan “Who can see your future posts”, dan memilih tetapan hanya rakan-rakan. Ini akan membuatkan segala perkongsian akan datang anda hanya terhad kepada rakan-rakan anda sahaja, dan bukannya secara terbuka seperti sebelum ini.

Facebook Privacy

Dengan membuat perubahan ini, anda sekaligus mengehadkan perkongsian anda kepada rakan-rakan anda sahaja, dan tidak lagi membuat perkongsian secara terbuka seperti sebelum ini. Ia juga secara tidak langsung menjaga privasi anda berbanding sebelumnya.

Komen