Cari @ Amanz

Ramai yang membeli peranti Apple kerana menawarkan penggunaan yang mudah difahami. Perkara ini membuatkan ada yang tidak boleh menerima apabila sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi kepada mereka – sebagai contoh penggunaan data yang berlebihan akibat daripada fungsi WiFi Assist di iOS 9.

Pada sistem operasi terkini iOS9, Apple menyertakan fungsi baru yang dinamakan WiFi Assist. Melaluinya, ia menawarkan akses internet yang baik dengan menggunakan sokongan talian data pengguna sekiranya rangkaian WiFi yang digunakan mereka menjadi perlahan.

Wifi Asisst

Boleh dikatakan segelintir pengguna tidak menyedari fungsi ini, menyebabkan kuota data internet mereka habis lebih awal untuk setiap tanpa disedari. Ada juga beberapa pengguna yang terpaksa tanggung kos penggunaan data tambahan pada peranti mereka disebabkan fungsi ini. Apple sendiri boleh dikatakan tidak memberikan sebarang amaran berkaitan dengannya dan mengaktifkan fungsi tersebut ketika kemaskini iOS9.

Disebabkan hal ini, di California, Apple disaman oleh sepasang pengguna disana – mengatakan Apple tidak mendidik atau memberi amaran berkaitan penggunaan data oleh fungsi WiFi Assist ini.

Sebelum ini, Samsung turut menyertakan fungsi lebih kurang sama dinamakan sebagai Download Booster pada Samsung Galaxy S5, tetapi fungsi tersebut memerlukan pengguna mengaktifkan ia secara manual, dan penerangan menyeluruh disediakan oleh Samsung ketika pengguna ingin mengaktifkannya.

Ia tidak diketahui sama ada mahkamah akan memenangkan pihak Apple atau sebaliknya. Jika sebaliknya berlaku, tidak mustahil untuk kita melihat lebih ramai pengguna tampil melakukan saman yang sama terhadap Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd