UsBidi – Kabel Pengecas Pintar Yang Menghentikan Pengecasan Secara Automatik

UsBidi – Kabel Pengecas Pintar Yang Menghentikan Pengecasan Secara Automatik

Diterbitkan pada Okt 26, 2015 oleh .

Bateri di dalam peranti anda adalah komponen yang sensitif terhada haba dan mempunyai hayat yang terhad. Setiap pengeluar akan mengesyorkan pengguna supaya mencabut peranti selepas bateri dicas sehingga penuh. Masalahnya ialah berapa ramai di antara kita yang memastikan pengecas dicabut selepas bateri sudah dicas sepenuhnya? Tidak ada sistem pada peranti yang memberikan peringatan bahawa pengecasan sudah tamat. Ini boleh membawa kepada risiko kebakaran dan hayat bateri menjadi lebih pendek dengan cepat.

UsBidi-1

UsBidi ialah kabel pengecas pintar yang akan menghentikan pengecasan sebaik sahaja bateri mencecah 100%. Litar pada kepala pengecas akan menghentikan arus elektrik secara automatik dan kerosakan pada bateri dapat dielakkan. Ia turut dilengkapi sistem LED yang bertukar warna apabila peranti sudah habis dicas. Anda tida perlu kerap memeriksa peranti untuk mengetahui sama ada pengecasan sudah lengkap. Ia turut mampu memakukan pengecasan pantas pada sebuah peranti iOS. Kabel ini direka untuk peranti Android, iOS dam Windows Phone. Harga jualan UsBidi pula bermula dari  $26 sebuah.

UsBidi-2


TIPS & ULASAN