Oppo Neo 7 Diperkenalkan – Lagi Satu Peranti Berspesifikasi Asas Daripada Oppo

Oppo Neo 7 Diperkenalkan – Lagi Satu Peranti Berspesifikasi Asas Daripada Oppo

Diterbitkan pada Okt 26, 2015 oleh .

Oppo hari ini telah memperkenalkan satu lagi peranti dibawah keluarga mampu-milik mereka, iaitu Oppo Neo 7. Oppo Neo 7 merupakan kemaskini kepada peranti Neo 5 sebelum ini, membawakan rekaan yang lebih menarik berbanding sebelumnya.

Untuk rekaan, Oppo menekankan yang mana Oppo Neo 7 membawakan rekaan dengan bahagian belakang yang boleh memantul cahaya, serta membawakan sedikit kelainan berbanding sebelumnya. Dia warna disediakan untuk Oppo Neo 5 ini, iaitu pilihan warna putih dan juga hitam.

Oppo Neo 7

Oppo Neo 7 hadir dengan rekaan skrin bersaiz 5-inci – yang telah menjadi trend saiz asas bagi kebanyakkan telefon pintar hari ini. Ia dilengkapi cip Snapdragon 410, serta memori 1GB RAM. Oppo menyertakan ruangan storan 16GB, serta bateri berkapasiti 2420mAh. Pengguna boleh menggunakan dwi-SIM pada peranti ini, selain memperluaskan storan menggunakan kad mikro-SD. Oppo Neo 7 hadir dalam dua variasi, iaitu 3G dan juga 4G.

Oppo Neo 7

Untuk tujuan rakaman gambar, Oppo Neo 7 menggunakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Berbeza dengan sebelum ini, walaupun peranti asas, Oppo turut menyertakan sokongan pengimejan Pure Image 2.0+, membolehkan pengguna untuk menambah beberapa pemalam dalam merakamkan gambar yang cantik.

Oppo Neo 7

Untuk sistem operasi, Oppo Neo 7 dijana menggunakan ColorOS 2.1 berasaskan kepada Android 5.1. Oppo turut mengatakan Neo 7 hadir dengan fungsi Lockscreen Magazine – yang mana memuat-turun lebih kurang 20 gambar setiap minggu untuk digunakan sebagai gambar latar lockscreen.

Oppo Neo 7 ditawarkan pada harga bermula $200 (~RM849). Pihak Oppo Malaysia masih tidak mengumumkan bilakah ia akan dijual di Malaysia.


TIPS & ULASAN