Spesifikasi Dan Harga Tablet Samsung Galaxy View Tertiris

Spesifikasi Dan Harga Tablet Samsung Galaxy View Tertiris

Diterbitkan pada Okt 26, 2015 oleh .

Kewujudan Samsung Galaxy View sudah diketahui sejak beberapa bulan yang lalu. Yang tidak diketahui sebelum ini ialah spesifikasi penuh peranti dan juga harga jualan tablet gergasi dengan skrin 18.4″ ini. Hari ini kedua-dua maklumat ini akhirnya tertiris menerusi laman Adorama. Galaxy View mempunyai skrin 18.4″ FHD TFT, diperkasakan pemproses 1.6 GHz lapan teras Exynos 7580, RAM sebesar 2 Gigabytte dan muatan dalaman 32 Gigabyte (sokongan MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Terdapat sebuah kamera hadapan sebesar 2.1 Megapixel dan bateri 6500 mAh digunakan. Ini menurut Samsung dapat memberikan hayat menonton video sehingga 8.5 jam tanpa henti. Sistem operasi yang digunakan pula adalah Android 5.1.

Samsung Galaxy View advert 1

Jelas sekali Galaxy View adalah sebuah peranti kelas pertengahan. Pemproses Exynos 7580 yang digunakan adalah sama seperti yang ada di dalam Galaxy J7 dan Galaxy S5 Neo.  Memandangkan Galaxy View dijual sebagai peranti untuk menonton video melalui perkhidmatan penstriman, spesifikasi ini mungkin memadai untuk kegunaan harian. Dari segi harga pula ia dijual pada harga $599 (RM 2538) sebuah


TIPS & ULASAN