Xiaomi telah sedia mengumumkan bakal menawarkan kemaskini MIUI7 kepada pengguna peranti mereka bermula esok, dan kini nampaknya sedikit awal, pengguna Redmi 2 telah sedia untuk memuat-turun dan menaik-taraf ke versi terkini MIUI 7.
Kemaskini ini untuk Redmi 2 bersaiz sebesar 635Mb, dan mungkin mengambil sedikit masa untuk memuat-turunnya. Melalui kemaskini ini, beberapa perkara baru turut disertakan. Xiaomi mengatakan ia kini menawarkan kelajuan sistem ditingkatkan 30%, selain masa bateri yang dipertingkatkan 10%.
Seperti ramai sedia maklum, Xiaomi juga turut menyertakan fungsi Child Mode pada MIUI 7 ini, disamping empat antaramuka baru, fungsi Baby Album, dan pengoptimasian penggunaan RAM.
Bagi anda yang menggunakan Redmi 2, anda boleh menghubungkan peranti anda kepada Mi PC Suite hari ini, dan memulakan proses naik-taraf anda serta-merta.
- Muat-Turun Mi PC Suite